Follow by Email

Sunday, 8 May 2011

folio sutera dalam lukisan tingkatan 5

Sinopsis

Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan.Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila.Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila.Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.





















TEMA DAN PERSOALAN














Tema

Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya.Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal.Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.
Persoalan
1.)  Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
2.)  Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila.
3.)  Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
4.)  Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
5. )Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
6.)  Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
7.)  Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.








PLOT






Plot
Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.

Binaan Plot
(i) Eksposisi(permulaan)

Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung.Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.

(ii) Perkembangan
Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya.Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung.Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.

(iii) Klimaks
Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.

(iv) Peleraian
Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz).Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.














TEKNIK PLOT @
TEKNIK PENCERITAAN








1.) PEMERIAN
Contoh:
 Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.
2.) Dialog

Contoh:
 ”Lepaskan motor aku ni... aku nak pergi ambil duit,” kata Alias.

3.) Imbas Kembali

Contoh:
 Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.

4.) Imbas Muka

Contoh:
 Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga difikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan adila.
·

5.) Monolog Dalaman

Contoh:
 Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.
·

6.) Suspens

Contoh:
 Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya di arah Alias.
·




















WATAK
DAN PERWATAKAN



Watak dan Perwatakan
1. Bujei/ Hafiz

-       Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.
-       Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.·
-        Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.
-       Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
-        Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.
-        Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
-       Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
-        Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
-        Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
-       Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
-       Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.·


2. Adila

-       Lulusan universiti luar negara iaitu di England.
-        Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
-       Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.
-       Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
-       Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
-       Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.
-        Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang kekota.
3. Alias


-       Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya.
-        Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Same’ah.
-       Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
-        Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
-        Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
-       Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
-       Akhirnya menjadi sasau/ gila.·




4. Sidang Saman

-       Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
-       Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya.
-       Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.




5. Same’ah

-       Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei.
 Anak Sidang Saman.
-        Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.







6. Harun

-       Seorang duda.
-        Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei.
-        Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
-        Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
-       Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
-        Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.




7. Wak Senen


-       Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
-       Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
-       Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.







































GAYA BAHASA










1.  Simile
Contoh:
 ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
·

2.  Personifikasi
Contoh:
 Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.
·

3.  Hiperbola
Contoh:
 ”Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang... tak kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
·

4.  Sinkope
Contoh:
 Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat dirasakannya.
·

5.  Metafora
Contoh:
 Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.
·

6.   Kata Ganda
Contoh:
 Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya.
























NILAI


















1. Nilai kasih sayang
Contoh:
 Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.


2. Nilai hormat menghormati
Contoh:
 Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.


3. Nilai baik hatiContoh:
 Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.


4. Nilai keadilanContoh:
 Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.


5. Nilai keberanian
Contoh:
 Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.


























PENGAJARAN
















1.     ) Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan.
Contoh
- Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.


2.) Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
- Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.


3.)Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Contoh:
- Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.


4.)  Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh:
- Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.


5.)  Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
 -Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk menjauhkan perhubungan mereka.
·


6.)  Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
- Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.
·


7. )Kita janganlah mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-cita.
Contoh:
 -Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motor dengannya.
·












LATAR

















Latar Masa

1. Waktu pagi - ”Okey, Good moorning Bujei”
2. Waktu maghrib – Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.
3. Waktu petang – Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.

Latar Tempat

1. Di tebing sungai - Kadang-kadang di berada di tebing itu untuk memancing.
2. Rumah Mak Usu Bakyah – Sebenarnya sudah agak lama Mak Usu Bakyah mengharapkan kedua-dua anak saudaranya bertandang tidur di rumahnya.
3. Di pekan - Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian.



Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh:
 Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu.
·

2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.
Contoh:
 Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun
·

3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:
 Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta.
·

4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same’ah.

5. Masyarakat pendendam
Contoh:
Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei








SINOPSIS MENGIKUT BAB
Bab 1

Bujei sentiasa menghabiskankan masa di tebing sungai kerana disitulah tempat dia mencari ketenangan.dia dituduh gila oleh penduduk kampung padahal dia masih boleh berfikir.Kematian bapa danibu kandungnya dalam kebakaran mendatangkan kesan yang mendalam pada jiwanya apabila bapa tirinya menuduh dia yang menyebabkan kematian ibunya dengan bermain api.Selepas itu ,opahnya pula pergi dan dia terus hanyut dalam dunianya.apabila terdengar bunyi motosikal,dia segera membenamkadirinya ke dalam sungai.Sidang Saman begitu hairan melihat kelakuan bujei.

Bab 2

Sidang Saman menegur bujei dan bujei mengakui dia berbuat begitu kerana takut akan Alias yang sentiasa memaksanya terjun ke sungai apabila melalui jambatan itu.Dia disuruh pulang dan makan malamnya ialah pisang berangan sambil teringat akan Sameah.bujei terjaga apabila azan  Subuh dilaungkan dan dia bersiap sedia untuk mencari rezeki dengan menunggu penoreh getah mempelawanya menolong mereka di kebun.Namun dia terlelapdi tepi jambatan dikejutkan dengan suara kanak-kanak yang mengejutkannya dan dia mendapat sedikit makanan daripada mereka dengan membantu mereka membawa beg.Bujei ke kedai Pak Sulong ,namun tiada siapa yang mempelawanya makan sehingga dia tertidur di kaki lima.
Bab 3
Sameah dan Adilla ternampak Bujei yang sedang tidur dan mereka berbincang tentang Bujei semasa ingin ke Bandar.Adila agak prihatin akan nasib Bujei semasa mereka ingin ke Bandar.Adila agak prihatin akan nasibBujei semenjak dia berada di kampung itu dua bulan yang lalu.Sameah pula akan berkahwin dan gembira kerana Adilla boleh membantunya.Sameah teringat akan kisah lucunya apabila Adila ketakutan apabila kali pertama terserempak dengan Bujei yang berkelakuan pelik.Sebenarnya Sameah marah kerana Bujei dianiayai danBujei enggan bercerita tentang kisah hidupnya yang sebenar.Akhirnya mereka tiba di pekan dan segera ke supermarket.

Bab 4

Bujei gembira membersihkan motosikal Alias walaupun Alias zalim terhadapnnya.Sikap Alias tidak disenangi ibunya,Mak Som.Nenek Alias iaitu Opah Arah terlalu memanjakannya dan perbuatan Alias sentiasa betul pada dirinya.Pada ketika itu,Alias,Sahak dan Sani berbincang tentang Adila menjadi penggangur walaupun berpendidikan tinggi.Alias menyatakan bahawa dia akan memiliki Adila dengan mudah.Setelah selesai mencuci motosikal,Bujei meminta upah tetapi ditengking oleh Alias.Mak Som marah akan Alias dan memberinya upah dan menasihati Bujei agar tidak lagi mengikut suruhan Alias.


Bab 5

Bujei rela dirinya dihina dan dituduh gila.Malah sikap Alias yang kerap menendang dan menamparnya tidak sedikitpun menyedarkannya untuk menjauhi Alias.Adila pula berhasrat menemu bual Bujei kerana dia percaya bujei ada harapan untuk sembuh.Ketika sedang berbual,Sidang Saman pulang dan menyatakan bahawa bapa tiri Bujei sudah pulang ke kampung.Mak Lamah ,isteri Sidang Saman kurang senang mendengar berita itu.Pada malam itu,Sameah dan Adila bermalam di rumah Mak Usu Bakyah,iaitu ibu saudara mereka.Rupa-rupanya Adila kecewa dengan kekasihnya yang mungkir janji ketika Adila berada di luar Negara.Mereka juga bercerita tentang Bujei dan Mak Usu Bakyah manusia yang paling jujur adalah Bujei dan Adila menyokong .


Bab 6

Harun dating ke rumah Sidang Saman untuk menuntut haknya ke atas tanah sawah seluas dua ekar dan tanah tapak rumah milik bekas isterinya.Sidang Saman melayan keinginan Harun dan bijak memerangkap Harun untuk mengetahui tujuan Harun pulang semula ke kampung.Harun sebenarnya telah menjual tanah dan tapak rumah itu dengan harga empat ribu itu kepada Wak Senen tanpa membuat pertukaran nama dan dia berharap dapat membayar semula wang Wak Senen dan menjualkannya dengan harga yang lebih mahal,tetapi hal itu memerlukan tandatangan Bujei terlebih dahulu.Mak Lamah pula risau sekiranya suaminya terlibat dalam pembolotan harta anak yatim.


Bab 7
Bujei tidak pernah mendekati tanah tapak rumah dan tanah sawah yang meragut nyawa ibunya kerana tidak mahu mengingati kembali kisah sedih itu.wang pemberian Wak Senen disimpan rapi tanpa dibelanjakan.Bujei mengetahui kepulangan bapa tirinya itu dan dan dia ingin mengelak dari berjumpa dengannya.Samsul mencari Bujei ketika Bujei ingin mencuri betik masak dengan mengatakan bahawa Adila ingin berjumpa dengannya.Setelah dipaksa oleh Samsul akhirnya Bujei mengalah dan terus menuju kea rah Adila yang sedang menunggunya di bawah pokok belimbing besi.Adila melayan Bujei dengan sopan dan tidak mengganggap Bujei tidak berakal,malah memanggil Bujei Mohamad Hafiz.Bujei menceritakan nasib malangnya kepada Adila dan Adila mempercayainya.
Bab 8

Hubungan Bujei dan Adila tidak disukai oleh Aliasdan dia bertindak mengganggu perjumpaan mereka dengan berpura-pura  ingin berjumpa dengan Sidang Saman.Bujei meminta diri.Alias menfitnah Bujei  bahawa Bujei berpenyakit berjangkit dan maniac untuk menakutkan Adila.Adila menerima permintaan Alias untuk berkenalan dan meminta diri untuk solat apabila menerima isyarat dari Sameah.Bujei yang gelisah kerana meninggalkan Adila bersama-sama segera ke tebing sungai dan melayan perasaannya sendiri.Bujei berasa Adila orang yang pertama yang mengubah dirinya menjadi manusia normal.Kedatangan bapa tirinya mengejutkannya dan ingin meminta cap jarinya dan dia ingat pesan Adila supaya berhati-hati.Lantas dia mengeluarkan cap jari dengan kuat sehingga kertas itu rosak lalu Harun menamparnya menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.Harun cuba mengejarnya lalu tersadung dan jatuh ke dalam sungai.Bujei yang simpati cuba membantu malangnya Bujei ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.Harun yang marah segera meninggalkan tempat itu.
Bab 9

Adila masih menunggu kedatangan Bujei dan mengagak Alias mengugut Hafiz agar tidak menemuinya.Mak Lamah dan Sameah  juga dapat mengagak punca bujeitidak dating ke rumah mereka.Kedatangan Faizal bekas kekasih Adila  mengejutkan mereka sekeluarga.Adila kecewa apabila Faizal menceraikan isterinya asalkan hajatnya tercapai danminta diberi peluang kedua.Bagi Adila Faizal lebih teruk daripada Bujei.Adila memberi alas an untuk menunaikan solat lalu meninggalkan Faizal.Sidang Saman hairan apabila bujei  tidak dating menemui Adila kerana Bujei sangat menepati janji.Bujei tersedar daripada pengsan dan hari sudah malam lalu pulang ke rumah dengan kesakitan.Demamnya tidak kebah sehingga 24jam dia berada dalam kelambu sambil mengerang kesakitan.

Bab 10

Adila gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya.Sameah bercerita tentang kelakuan buruk Alias menyebabkan Adila sedar akan keburukan Alias.Sameah bercerita tentang Bujei tidak ada penyakit Cuma pernah terkena pokok rengas dan peristiwa lucu apabila Bujei pernah menggemparkan penduduk kampung dengan putik nanas yang disangka bom oleh Alias.Bujei marah apabila dia sentiasa diejek oleh Alias.



Bab 11
Alias,Sahak,dan Sani berbincang untuk memiliki Adila.Mereka merancang mendekati Adila dengan alas an membantu majlis perkahwinan Same’ah.Ketika mereka berbual,Alias terpandang samsul.Alias meminta Samsul menyampaikan pesanan kepada Adila agar menemuinya pada jam Sembilan pagi esok dengan niat membawa Adila menaiki motosikal ke pekan.Alias yakin dia akan Berjaya memiliki Adila.Samsul menjelaskan dia tidak berjumpa bujei walaupun telah berusaha mencarinya.samsul menyampaikan pesanan alias kepada adila.selepas maghrib,siding saman ke rumah bujei kerana bimbang akan bujei.bujei dibawa pulang dalam keadaan lemah dan malu akan keadaan dirinya.dia enggan masuk ke rumah dan dib awake bangsal.setelah membersihkan diri dia juga tidak mahu masuk ke dalam rumah lantas makanan di bawa masuk ke bangsal.samsul yang melihat kecederaan bujeibegitu simpati akan nasib bujei.dia mendengar rintihan bujei dan akhirnya insaf bahawa dia juga salah seorang yang sering mengenakan bujei.bujei gembira apabila diajak ke pekan dan membawa wang sebanyak rm220.00 pemberian wak senen.alias kecewa apabila adila tidak datang keseorangan malah membawa kesemua sepupunya dan bujei dibawa sekali.tiba di pekan ,mereka mengikut haluan masing-masing.adila ,same’ah dan saniah bersama-sama manakalasamsul membawa bujei ke kedai gunting rambut .semasa berjalan-jalan ,bujei berpisah daripada samsul dan dia cemas.dia memeluk samsul dengan erat setelah mereka bertemu semula .samsul meminta bujei bertenang kerana kelakuannya dilihat oleh orang ramai.seterusnya bujei membeli baju dan radio yang telah lama di idamkan dan tidak sabar untuk pulang ke rumah mendengar radio barunya.bujei tiba di rumah dan gembira radio barunya berfungsi dan dia begitu bersemangat mengemas rumah kerana adila pernah berkata ingin berkunjung ke rumahnya .semua barang lama di buang dan di bakar .ketika dia sedang mengemas di dapur .alias datang kerumahnya tanpa di sedari dan merosakkan radiobaru bujei.bujei yang marah terus menumbuk alias dan mengambil parang panjang berkarat lalu meminta ganti rugi sebanyak rm80.00dan tidak membenarkan alias menaiki motosikal untuk pulang mengambil wang.sebaliknya alias datang membawa penduduk kampung bersama-samanya.sidang saman pada awalnya menyangka bujei mengugut alias akhirnya menyedarinya alias yang menjadi punca bujei mengamuk.sidang saman meminta alias pulang mengambil baki rm30.00lagi kerana alias hanya membawa duit sebanyak rm50.00 .alias datang semula bersama-sama opah.opah arah memaki dan cuba menerkam bujei tetapi Berjaya di halang.sidang saman mengarahkan alias menyerahkan baki duit kepada bujei dan di suruh pulang.alias yang geram telah menyepak bujei dan bujei membalas dengan menerkam alias sehingga terjatuh daripada motosikal .opah arah menjerit memarahi bujei dan siding saman menyuruh alias segera membawa opahnya pulang.
Bab 12

Bujei langsung tidak mahu bercerita tentang pergaduhan dengan Alias dan hal ini menjadi bualan hangat penduduk kampung.Dia ingat akan pesanan Adila agar tidak riak.Adila senang dengan perubahan Bujei Mak Long mengingatkan Adila agar berhati-hati dalam usaha memulihkan Bujei kerana Bujei juga lelaki yang mempunyai perasaan.Sepuluh hari sebelum majlis perkahwinan Sameah,Adila dirisik oleh Tuk Imam,iaitu adik Opah Arah.Dia tidak boleh menolak permintaan kakaknya yang ingin merisik Adila untuk cucunya Alias.Sidang Saman meminta tempoh kerana dia hanya bapa saudara Adila dan dia perlu bertanya kepada Adila dan kedua-dua orang ibu bapanya.Sidang Saman berasa lega apabila Adila menolak kerana dia belum bersedia untuk berkahwin.


Bab 13

Bujei berhasrat menanam sayur dan mendapat sokongan Adila.Namun,berita Alias meminang Adila melemahkan semangatnya.Dia keliru akan akan perasaannya terhadap Adila.Ketika sedang bekerja,Samsul datang dan meminta Bujei menolong menyiapkan khemah perkahwinan.Dua hari menjelang perkahwinan,keluarga Adila tiba dan Bujei diperkenalkan kepada bapa Adila yang kelihatan mesra dengan Bujei.Malam itu,Bujei yang tiba-tiba dijemput untuk naik ke pentas bagi menyampaikan lagu begitu mengejutkan orang ramai yang menyangka Bujei akan merosakkan majlis.Bujei muncul dan menyatakan nama penuhnya Mohamad Hafiz.Bujei Berjaya menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik dan dia terus menghilangkan diri selepas itu. Orang ramai tidak menyangka Bujei ada bakat.Golongan tua memuji Adila kerana Berjaya memulihkan Bujei.Adila gembira mereka semakin sedar bahawa Bujei ialah manusia biasa yang perlu dibantu agar pulih seperti biasa.
Bab  14
Bujei resah menantikan keputusan Adila tentang lamaran Alias .Bujei tidak keluar rumah seharian setelah kepenatan membantu menguruskan majlis perkahwinan same’ah pada malam sebelumnya.Apabila terjaga,Samsul datang dan memberitahu sudah tiga kali di datang barulah Bujei terjaga .Samsul tahu Bujei kepenatan .Samsul membawa bekalan makanan untuk Bujei.Samsul juga menyatakan ramai orang memuji nyanyian Bujei termasuk Bahar,seorang ahli kugiran yang berminat dengan nyanyian Bujei.Bujei sebenarnya hanya ingin mendengar berita pertunangan Adila.Namun,Samsul langsung tidak menyebut tentang hal berkenaan.Samsul memberitahu bahawa Pak Lang Dahlan,iaitu bapa Adila ingin bertemu Bujei sebelum pulang ke Kuala Lumpur dan meminta Bujei makan serta menghantar bekas kosong semula ke rumahnya nanti.Bujei ke rumah Sidang Saman dengan membawa bekas makanan kosong dan berbual-bual dengan bapa Adila yang langsung tidak sombong.Adila pulang bersama-sama dengan Faizal dan Bujei berasa dirinya keseorangan .Malam itu, Wak Senen datang ke rumahnya untuk memulangkan tanah serta tapak rumahnya,namun Bujei mahu Wak Senen mengerjakan tanah tersebut.Wak Senen juga menasihati Bujei agar berhati-hati dengan Harun.Seterusnya Bujei masih keliru akan status Adila.Hampa perasaan Bujei apabila mendengar penerangan Samsul tentang Faizal.Bujei tidak boleh banyak bertanya kerana bimbang Samsul akan mengetahui niatnya.Ketika makan laksa ,Bujei gembira Adila datang bersembang dengannya dan Adila memuji perubahan sikap Bujei.

Bab 15
Adila mula berasa sunyi sejak Sameah berkahwin.Dia berasa ingin pulang namun hatinya keberatan kerana Bujei masih memerlukan bimbingan.Mak Lamah menasihati Adila agar tidak terlalu memikirkan hal Bujei.Adila takut kepulangannya ke Kuala Lumpur menambahkan luka di hatinya.Dia risau akan terus dipujuk oleh Faizal sedangkan dia sudah tidak dapat menerima Faizal lagi.Baginya Bujei lebih kuat berbanding Faizal yang begitu lemah di matanya.Keadaan itu menyebabkan Adila tidak dapat melelapkan mata dan tidak mengetahui hati Bujei.
Bab 16
Alias berpura-pura datang untuk memohon maaf daripada Bujei dan menyatakan dirinya sudah insaf.Dia menyatakan kekesalanya atas layanan buruknya terhadap Bujei.Bujei semakin percaya  akan keikhlasan hati Adila akan menghasut Bujei dengan menyatakan Adila berpenyakit AIDS yang boleh menyebabkan kematian kerana gaya hidup bebas ketika menuntut di luar Negara.Bujei termakan hasutan Alias .Telah masuk hari kelima dia tidak berkunjung ke rumah Sidans Saman.Bujei hairan kerana Samsul tidak mencarinya.Bujei bimbang penyakit Adila melarat dan berjangkit kepada dirinya.Adila sedih kerana difitnah sudah rosak lalu menolak lamaran Alias dan kini mengharapkan Bujei.Dia kecewa dan Pak Long  dan Mak Longnya menasihati Adila agar bersabar kerana mereka tahu Adila tidak bersalah.Adila akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menenangkan diri namun akan datang kembali kerana tidak mahu penduduk kampung salah tafsir.Dia tidak boleh membiarkan Bujei begitu sahaja.Di Kuala Lumpur ,ayahnya mencadangakan agar Adila bekerja atau menyambung pelajarannya sambil bekerja,namun Adila menyatakan urusannya dengan Bujei belum selesai.Ibu Adila menasihati agar berhati-hati dengan keadaan di kampung .Adila menyatakan hasratnya untuk membawa Bujei ke Kuala Lumpur namun di tentang oleh ibunya.namun,ayahnya tidak membantah malah menyokong niat murni Adila.Adila semakin gembira berada di kota.
Bab  17
Bujei menunggu Samsul pulang dari sekolah kerana ingin mengetahui keadaan Adila dan Samsul mengajak Bujei ke rumah apabila mengetahui Bujei belum makan.Bujei hilang selera apabila mengetahui Adila pulang ke Kuala Lumpur.Samsul dan Mak Lamah pula terkejut apabila Bujei bertanya tentang penyakit Adila.Mereka menyatakan Adila sihat.Namun,Bujei tetap curiga.Bujei bercerita tentang peristiwa lucu apabila dia dipaksa oleh Alias supaya merokok sambil menghirup air teh.Akhirnya Alias terkena semburan tembakau bersama air the apabila Bujei tidak dapat menelannya.Samsul memaklumkan bahawa Adila akan pulang semula ke kampungf demi Bujei.Bujei juga bijak menyebunyikan perasaannya dengan menyatakan dia tidak setaraf dengaN Adila apabila Samsul bertanya tentang  perasaannya terhadap Adila.
Bab 18
Setelah dua minggu ,Bujei resah kerana memikirkan Adila dan Alias berterusan memburukkan Adila dan keluarga Sidang Saman.Bujei takut menerima berita kematian Adila.Seminggu kemudian,Samsul datang memberitahu bahawa Adila sudah dua tiga hari pulang ke kampung dan berhasrat menemui Bujei.Samsul mengajak Bujei melawat seseorang yang tenat di hospital dan Bujei menyangka Adila sakit tenat.Setelah dipujuk oleh Samsul,akhirnya dia bersetuju untuk berziarah dan begitu terkejut melihat Adila begitu sihat dan dia seperti melihat hantu.Rupa-rupanya Sahak yang kemalangan akibat berlumba dengan Alias.Sidang Saman menceritakan yang Sahak memerlukan darah jenis AB dan Adila pula bersedia mendermakan darahnya kerana darah mereka sama.

Bab 19
Adila menderma darahnya untuk Sahak yang cedera dalam kemalangan ,manakala Alias pula tidak sedikit pun insaf akan kesalahannya berlumba motosikal dengan Sahak.Alias semakin marah kerana Bujei tidak mendengar kata-katanya.Bujei bijak mencari helah dengan meminta Alias menjadi ketua untuk menghalau Adila dari kampung sekiranya Adila berpenyakit.Kata-kata Bujei akhirnya memerangkap Alias dan meminta diri untuk mengajak orang lain menghalau Adila .Bujei berasa dia telah menang dan Alias tidak lagi mengganggunya.Malah Alias sudah menjadi tidak siuman manakala Bujei semakin sembuh.



Bab 20

Sidang Saman dan Mak Lamah terkejut apabila Adila menyatakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai suaminya.Setelah menasihati Adila,akhirnya mereka menerima hasrat Adila.Namun Bujei belum lagi bersedia untuk menjadi seorang suami dan memerlukan masa untuk benar-benar sembuh.Keesokan harinya,Adila bertemu Bujei dan menyatakan tugas mereka sudah selesai dan dia telah mendapat kerja sebagai pensyarah .Di luar pagar rumah Sidang Saman ,kelihatan seorang pemuda yang mereka kenali yang kelihatan kotor memandang mereka.Bujei seolah-olah melihat dirinya  yang lama telah ditinggalkan.Adila pula merasakan dia tidak pernah berdendam dengan pemuda itu.Untuk seketika ,pandangan mereka bertaut.Mak Lamah yang mengintai terus mengharapkan yang terbaik untuk pasangan itu.















RUJUKAN



SUMBER RUJUKAN

1)    TWITTER BAHASA MALAYSIA
OLEH :KHAIRUDDIN AYIP & ESAH BUJANG
2)   SUTERA DALAM LUKISAN
OLEH : ABD TALIB HASSAN
3)   WWW.GOOGLE.COM




















BIODATA PENGARANG
Abdul talib Hassan merupakan salah seorang penulis novel Malaysia.Beliau merupakan anak sulong dari tujuh orang adik beradik.Bapanya ,Mohd.Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegawai jabatan laut.
Abdul Talib Mohd Hassan(lahir 1947) mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-Laki Teluk Intan (1958-1957).Beliau kemudiannya menyambung pengajian di sekolah Menengah Horley Methodist,Teluk Intan (1960-1965).Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian ,Teluk Intan,dan pada masa sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia 1969.Setelah tamat kursus ,beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi,Johor.
KEJAYAAN BELIAU
Pemenang pertama Sayembara Novel GAPENA 1976 dengan novel Saga.
Hadiah kedua Sayembara Novel.
Hadiah kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian.
Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan.
Hadiah ketiga dalam peraduan menulis skrip Drama Televisyen Anjang Aki.
ANTARA HASIL KARYA BELIAU
Saga,Pak Hitam,Sutera Dalam Lukisan



BIODATA PENGARANG

9 comments:

  1. nie aku wat sendiri nie,spe yang dah tgk tinggal2 lar komen kat sini

    ReplyDelete
  2. bleh buat 'rujukan nie.apsal xleh nk c0py br0?!

    ReplyDelete
  3. whoa...amik nak kau!!!fuuuuuhhhh..setel aku punyer folio...bhahahahahaha!!!...trimas2

    ReplyDelete
  4. hehe siap sudah folio aku kali nim :) terimas bro

    ReplyDelete
  5. haha ! siap folio aku ... thank yOu !

    ReplyDelete
  6. tenkiuuuu broooooo. copy boleh? hahaha :D

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak2 atas nota nie yer. keje saye dah selesai....hehehe:)

    ReplyDelete